Pada 13 November 2013 merupakan tarikh tutup untuk hantar borang sebutharga tender bagi kerja-kerja baik pulih Madrasah Darul Ulum. Beberapa Jawatankuasa telah dijemput untuk melakukan pembukaan, berbincang, membuat penilaian dan menetapkan keputusan. Antara Jawatankuasanya terdiri daripada Tn Hj Ahmad, Penasihat (JKKK), Ust. Samori (Pengerusi Madrasah), Sdr. Mazlan (Setiausaha), Sdr. Ariffin (Biro Pembangunan), Tn. Hj. Razif (Pemeriksa Kira2 II), Sdr. Azizan (Biro Kebajikan), Sdr Haswady (Bendahari) dan Tn Hj Shuhaimi (Pemerhati)
Surau Darul Ulum Matang Pagar (Masjid Sementara) 47000 Sungai Buloh, Selangor. Surau Ini Telah Diberi Kebenaran Untuk Mendirikan Solat Jumaat Bagi Menampong Keperluan Penduduk Dan Pekerja Yang Bekerja Disekitarnya.
Friday, 15 November 2013
Tuesday, 5 November 2013
Ceramah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1435
Alhamdulillah pihak Surau Darul Ulum telah berjaya mengadakan Ceramah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1435 dengan menjemput Y.Bhg. Ustaz Hadi Talhah bagi menyampaikan ceramah tersebut. Semoga ceramah ini mendapat manfaat kepada semua yang hadir.
Tuesday, 15 October 2013
Hari Raya Aidil Adha & Ibadah Qurban 2013
Alhamdulillah, Majlis Qurban tahun ini berjalan dengan lancar. Jumlah lembu untuk kali ini sedikit kurang iaitu sebanyak 5 ekor sahaja. Trima kasih kepada semua Ahli Kariah yang bertungkus-lumus membantu sehingga selesai. Semoga Allah swt terima segala usaha kita yang sedikit ini InsyaALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)